Eirma Fatima

Fatimah binti Rahmad (lahir 14 Mac 1968, dikenali dengan nama pentasnya Eirma Fatima dan Erma Fatima) merupakan seorang pelakon, pengarah filem, penerbit, dan penulis skrip Malaysia. Beliau pernah memenangi kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi Hati Bukan Kristal (Festival Filem Malaysia ke-9) dan Femina (Festival Filem Malaysia ke-11).